Powered by Blogger.
Halimislam Online

Sahabat dalam perjuangan agama itu terlebih kuat kasih sayangnya daripada waris pada darah daging

Telah bersabda Rasulullah saw. “Perumpamaan teman yang baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah swt. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”.

Read More
Halimislam Online

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak




Assalamualaikum & Salam Perjuangan…

Dengan ingatan tulus ikhlas, Saya mewakili pelajar Malaysia-Mauritania ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga kita semua dapat meningkatkanlah amalan dan taqwa dibulan yang mulia ini. Berpuasa bukan alasan untuk teman-teman berehat dari medan perjuangan. Teruskanlah perjuangan sambil beribadah di bulan ramadhan.

Read More
Halimislam Online

suasana belajar di Mauritania

Disini budak-budak menggunakan papan luth utk menghafal

Kuliyah Syekh Abdullah Ould Mecry

Sahabat saya dari Spain. Omar namanya. Alhamdulillah dah 5 tahun di Mauritania. Mula-mula dia sampai dulu, beliau hanya tahu baca al fatihah saja. Sekarang dah 30 juz quran dlm dada dan dah separuh soheh bukhari.

Suasan balik Kuliyah

Read More
Halimislam Online

Syekh Muhammad Mustah At-Tijani

Ketika ini ada majlis bersama tetamu daripada Turkey yang datang menziarahi Syekh dan Madrasah.

Alhamdulillah dapat makan setalam dengan Syekh.

Apabila kepala yang dhaif ingatan ini didoakan oleh Syekh.

Syekh Muhammad Mustah At –Tijani ini pula merupakan seorang ulamak yang sangat alim dalam ilmu Tauhid, Fiqh, Tasauf, Tafsir, Hadis dan sebagainya. Beliau juga merupakan seorang ulamak hebat pernah ana jumpa di Matamoulana, Mauritania.

Semenjak ana belajar di sini, ramai ulamak-ulamak dari seluruh Afrika yang datang menziarahi beliau. Beliau juga merupakan seorang sufi yang mengamalkan tariqat Tijaniyyah. Mendengar cerita daripada kawan-kawan seperjuangan ana yang lain, Syekh Muhammad Mustah ini mempunyai sifat yang sangat merendah diri, sangat alim dengan ilmu tasauf dan ramai juga yang mengatakan beliau adalah seorang waliyullah. Wallahua’klam…

Apa pun ketika ana berdepan dengan beliau, hati ana agak tenang kerana dapat melihat wajah seorang ulamak yang sangat alim dalam perbagai ilmu, terutamanya apabila mengetahui bahawa beliau mempunyai ilmu tasauf yang sangat tinggi.

Read More
Halimislam Online

Guru tafsir ku

Syekh El-Hajj Abdullah Ould Mishry adalah di antara salah seorang ulamak yang sangat terhormat di Mauritania. Sekarang beliau adalah Mudir di sebuah perkampungan Matamoulana dan juga mudir di Maahad Mohamed El Mishry. Beliau pembawa ajaran tariqat kaum sufi berlandaskan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu Tariqat Tijaniyyah.
Read More
Halimislam Online

Maahad Mohamed El Mechri, Maatamoulana - Mauritania

Sahabat seperjuangan, dari Spain

Perjalanan ke rumah Syekh

Syekh Ahmadu Badwa, Guru Kawaid ana

Read More
Halimislam Online

Salam perantau dari tanah suci

Bersama sahabat seperjuangan ( Ustaz Hassan ). Pemandangan di Bukit Kelantan, Bersebelahan Masjidil Kelantani, Ajyad, Makkah Al-Mukarramah.

Alhamdulillah, Tahun ini merupakan tahun kedua kami beraya di tanah suci. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat keluarga tersayang yang berada di Sg. Buloh Selangor dan yang berada Tanah Merah, Kelantan. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar Pondok Pasir Tumboh.

Tok Guru dan ustaz-ustaz yang kami kasihi ( Tok Ayah Sin, Ust. Din langgar, Ust. Fuad, Ust. Syairazi, Abg Aji dan seluruh tenaga pengajar pondok Pasir Tumboh). Rakan taulan yang masih berjuang di Madrasah ( Hafiz Klang, Aziz, Hazril, Nizam, Izwan, Mustafa, Saiful dan lain-lainnya).

Doakan kejayaan kami di sini, semoga Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini membawa seribu rahmat kepada kita semua. Salam sayang buat semua daripada Ajyad Makkah Al Mukarramah.

p/s: Salam sayang buat sahabat yang sangat ana rindui, Muhammad Radhi Al-Hafiz dan Hazril yang berada di Hulu Langat, dan di Sg. Buloh, Selangor. Jazakallahukairan kasirra... kerana sentiasa menasihati dan memberi semangat pada ana, semenjak berada di pondok hinggalah sekarang.

Doa ringkas dari tanah suci.

Wahai tuhan, tatkala bahan mahsyarmu menjilat tubuh, izikan kami sama-sama berteduh. Wahai Tuhan, tatkala mizanmu teliti mengira, beratkan neracanya atas setiap jasa, naungi kami di sana, berkat kasih keranaMu semata, Wahai Tuhan, andai kulayak ke syurga, kupinta sahabat kesayanganku ini bersama. Amin!
Read More
Halimislam Online

Pertemuan di bulan ramadhan di Masjid An-Nabawi, Madinah Al Munawwarah


Syeikh Al Haj Abdallah merupakan (leader of the village of Matamulana) pengasas perkampungan matamaulana, Mauritania. Kini beliau mewarisi dan mewakili semangat perjuangan ayahnya dalam perkembangkan islam. Beliau diperakukan oleh setiausaha agung sarjana islam Mauritania iaitu Syeikh Hamdan ould TAH sebagai pendidik dan ketua untuk kemajuan tempatan dan kerjasama antarabangsa.

Beliau juga merupakan pakar pemikiran islam, pengasas projek pendidikan dengan berperanan utama dalam kesatuan Madrasah islam dan pemerintahan sufi.

Beliau telah menyebarkan sebuah komuniti yang bertoleransi ke seluruh pelusuk dunia. Sosial yang harmoni dan komentar sarjana hamdan. Beliau juga bersifat rendah hati untuk diikuti. Ana berkenalan dengan beliau pada bulan ramadhan tahun 2008 di Masjid An-Nabawi, Madinah Al- Munawwarah.

Beliau menegur dan memberi salam pada ana ketika ana sedang berwudhu’. Akhirnya ta’ruf kami berlanjutkan hingga ke dalam masjid. Ta’ruf punya ta’ruf rupa-rupanya beliau merupakan sahabat baik Syeikh Hamza Yusof iaitu anak murid kepada Syeikh Murabit Al Haj. Lalu diringkaskan cerita,ana menyatakan hasrat di Mauritania adalah rancangan utama sebelum datang belajar Makkah.

Kemudian beliau memberi nombor telefon dan alamat penuh Madrasah. Beliau sangat suka dan mengalu-alukan kedatangan ana belajar ke Madrasahnya, Setelah hampir setahun kami terputus hubungan. Pada bulan Jamadil Awwal lepas, kali pertama beliau menghubungi ana dari Mauritania bertanyakan kabar berita ana di Makkah dan bila ana akan berangkat ke tempat beliau. Insya allah selepas haji tahun 2010 atau awal tahun 2011 dari tanah suci Makkah ana terus berangkat ke Mauritania.

Sungguh hebat peracangan Allah swt. mengaturkan pertemuan ini, pertemuan seorang hamba yang sangat dhaif dan banyak dosa ini dengan seorang syeikh yang sangat ‘alim dan mempunyai sifat tawadu’ yang tinggi.

Madrasah yang mengikuti kepada mazhab Maliki. Juga mewajibkan kepada pelaja-pelajar dengan ber perantaraan komunikasi dalam tiga bahasa utama, iaitu Arab, English dan Prancis. Sila ke Laman Madrasah beliau di Mauritania http://www.matamoulana.net/ .
Read More
Halimislam Online

Memerlukan derma orang ramai untuk menyiapkan Madrasah ini

Tapak Pondok Yang Baru Diserah Kepada Pertubuhan Khairu Ummah.

(Masjid dan sebuah bilik air)

Diatas tapak Pondok hanya ada sebuah masjid dan bilik air. Kami memerlukan bantuan umat islam untuk menjayakan Pusat Pengajian Pondok di atas tapak ini.

Tapak ini seluas enam ekar di Maahad Tahfis Al-Quran Darul Hikmah Kg Bukit Hangus Mukim Jeram Pasir Puteh Kelantan. Ajk Maahad Tafiz tersebut telah bersetuju menyerah tapak ini kepada Pertubuhan Khairu Ummah. Tapak ini telah diserah kepada kami pada 15 hb ogos 2009.

(Tapak tanah untuk di jadikan pondok)

(Dalam Masjid)

Memerlukan derma orang ramai supaya dapat menyiap masjid ini

(Bangunan yang tak siap)

#Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad di bawah nama:-
PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH). No akaun : 0302-0000656-71-8

Read More
Halimislam Online

Ustaz ana nak buka pondok

Gambar ini diambil pada tahun lepas (2008). Ustaz ana datang ke Makkah Al-Mukarramah untuk melakukan ibadat haji.

Ini kertas kerja rancangan pembinaan Madrasah Khairu Ummah

(Suatu Agenda Pertubuhan Khairu Ummah)

Mukadimah

Telah menjadi ketetapan sunnatullah bahawa pembentukan umat setiap zaman terletak dibahu para anbiya’, sebagaimana yang dijelaskan oleh FirmanNya yang bermaksud: ”Tidaklah kami mengazabkan suatu umat manusia sehinggalah kami utuskan Rasul”(Al-isra’:15).

Tugas para anbiya’ adalah mengarahkan masyarakat supaya berpegang dengan syariat yang ditetapkan oleh Alllah SWT. Justeru itu, sifat-sifat seorang nabi sebagai pendakwah merangkumi ilmu yang mantap dan keperibadiaan luhur untuk dicontohi serta menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Selepas tamat pangkat kenabian, tanggungjawab mendidik umat manusia diserahkan kepada para ulama’. Ini sejajar dengan hadis Nabi SAW, Maksudnya: “Sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para anbiya’. Mereka itu mewarisi keilmuan….”(Riwayat Bukhari, Turmizi dan lain-lain)

Untuk membentuk ciri-ciri ulama’ sebagai pewaris nabi yang sebenar adalah tertakluk di bawah suatu pendidikan dan pentarbiahan yang mantap. Pembentukan ini bermula dalam satu kelompok di bawah satu sistem yang tersusun. Hal demikian dapat direalisasikan dengan pembinaan sebuah madrasah. Usaha ini merupakan warisan halaqah pengajian Rasulullah SAW bersama Ahli Suffah dan seterusnya berterusan di setiap zaman bersesuaian dengan keadaan semasa.

Objektif Penubuhan Madrasah

Melahirkan ulama’ yang memenuhi ciri-ciri berikut:

  • Ilmu yang mantap seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan umat
  • Beramal dengan ilmu
  • Mempunyai keperibadian tinggi lantas menjadi contoh teladan
  • Berdakwah membimbing masyarakat

Perancangan

Terbahagi kepada tiga fasa:

  • Fasa Pertama:Pembelian Tapak Tanah
  • Fasa Kedua:Pembinaan Bangunan
  • Fasa Ketiga:Mengumpul Dana

Fasa Pertama:Pembelian Tapak Tanah

  • Memungut derma umum daripada orang-ramai, sumbangan perseorangan, syarikat-syarikat dan institusi-institusi
  • Keluasan tanah sekurang-kurangnya 15 ekar
  • Tapak tanah madrasah diwakafkan 100% di bawah naungan Pertubuhan Umat Cemerlang Kelantan yang dimasyhurkan dengan nama ‘KHAIRU UMMAH’

Fasa Kedua:Pembinaaan Bangunan

Keluasan tanah madrasah mencakupi:

  • Asrama lelaki
  • Pondok @ rumah teres bagi pelajar dan warga emas lelaki
  • Asrama wanita
  • Pondok @ rumah teres bagi pelajar dan warga emas wanita
  • Beberapa rumah guru
  • Beberapa rumah pertugas
  • Masjid
  • Kelas-kelas pengajian kitab dan tahfiz
  • Beberapa rumah tamu
  • Dewan
  • Pejabat

Fasa Ketiga:Mengumpul Dana

  • Bertujuan menguruskan madrasah dan segala aktivitinya
  • Bagi menjalankan program-program ilmu, keagamaan dan tarbiyyah kepada segala lapisan masyarakat
  • Bagi mengadakan kursus intersif @ jangka masa pendek untuk pelajar sekolah dan pelajar IPT
  • Dana berbentuk tanah perladangan, bangunan sewaan, perumahan, perniagaan, perkilangan dan lain-lain
  • Permulaan hasil dana dikumpul daripada pungutan derma umum seterusnya dijadikan modal untuk membeli harta-harta tetap dan sebagainya seperti yang tersebut
  • Menghulurkan bantuan kebajikan bagi golongan daif
  • Pengurusan dana di kendalikan oleh PERTUBUHAN KHAIRU UMMAH

Penutup

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya penubuhan madrasah ini mendapat sokongan dari pihak tuan sama ada berupa tenaga ataupun wang ringgit dan lain-lain. Sokongan tersebut menyambut saranan supaya saling bantu-membantu memartabatkan agama Allah Taala. Semoga bantuan pihak tuan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.

Firman Allah Taala, bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, di setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah menggandakan (pahala) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurniaanNya), lagi Maha Mengetahui.” (AL-Baqarah:261)

FirmanNya lagi, bermaksud: “Orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang yang dibelanjakan itu dengan mengungkit-ngungkit pemberiannya dan tidak menyakiti (perasaan sipenerima), bagi mereka itu ganjaran pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka berdukacita.” (AL-Baqarah:262)

#Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad di bawah nama:-

PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH). No akaun : 0302-0000656-71-8

Perhubungan

1) Yang Dipertua : Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim

H/P: 012-9463992 & 0139723118 Email: din_lngr@yahoo.com

2) Naib Yang Dipertua:Ustaz Lias Bin Jalil

H/P 012-3623851 Email:

3) Setiausaha: Ustaz Puad Bin Abd wahab

H/P: 019-9409870

4) Bendahari: Yahya Bin Omar

H/P: 017-9547065

# Alamat surat-menyurat:

PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

4657C Jalan Masjid Langgar 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Read More