Salah Seorang Guruku Syekh Muhammad Mustah At-Tijani - :: Halimislam Online :: حليم اسلام اونلاين

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Saturday, July 2, 2011

Salah Seorang Guruku Syekh Muhammad Mustah At-Tijani

Ketika ini ada majlis bersama tetamu daripada Turkey yang datang menziarahi Syekh dan Madrasah.

Alhamdulillah dapat makan setalam dengan Syekh.

Apabila kepala yang dhaif ingatan ini didoakan oleh Syekh.

Syekh Muhammad Mustah At–Tijani adalah salah seorang ulama' yang sangat alim di Mauritania. seorang ulama' yang sangat hebat pernah saya jumpa di sini. 

Waktu ini saya minta tolong syekh bacakan doa di kepala agar kuat ingatan dalam hafalan dan istiqamah dalam mengaji ilmu Allah swt.

Semenjak saya menuntut di sini, ramai ulamak-ulamak besar dari seluruh benua Afrika datang menziarahi beliau. Beliau juga merupakan seorang sufi yang mengamalkan tariqat Tijaniyyah. 

Mendengar cerita daripada kawan-kawan seperjuangan ana yang lain, Syekh Muhammad Mustah ini mempunyai sifat yang sangat merendah diri, sangat alim dengan ilmu tasauf dan ramai juga yang mengatakan beliau adalah seorang waliyullah. Wallahua’klam…

Apa pun ketika ana berdepan dengan beliau, hati ana agak tenang setiap kali melihat wajah seorang ulamak yang sangat alim dalam perbagai ilmu, terutamanya apabila mengetahui bahawa beliau mempunyai ilmu tasauf yang sangat tinggi.

Akhlaknya cukup-cukup mencairkan hati yang keras seperti batu macam saya ni... Semoga Allah swt panjangkan umur syekh dan diberi kesabaran untuk mengajar budak malas macam saya ni. Amin ya rob..

No comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here